ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA, JABATAN PERDANA MENTERI    
 
Aduan/Maklum Balas Baharu   Aduan/Maklum Balas Baharu Semak Aduan/Maklum Balas   Semak Aduan/Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
FAQ

1. Apakah perkara yang boleh diadukan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)?

Jawapan :

APM boleh menyiasat aduan-aduan berkaitan bidang tugas APM (kelewatan / tiada tindakan, tindakan tidak adil, kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan dan lain-lain yang melibatkan semua pejabat APM di negeri dan Unit serta Institusi Latihan APM.

2. Adakah sebarang bayaran dikenakan?

Jawapan :

Tiada bayaran dikenakan.

3. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?

Jawapan :

Boleh, dengan kebenaran daripada pengadu dan menyertakan semua maklumat yang berkaitan.

4. Bagaimanakah cara menyalurkan aduan kepada APM?

Jawapan :

Semua aduan disarankan dihantar secara atas talian melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di portal APM (Komen dan Maklum Balas) atau https://civildefence.spab.gov.my

5. Adakah APM akan menyiasat semua aduan yang diterima?

Jawapan :

Ya - Sekiranya aduan adalah berkaitan, jelas, berasas serta mempunyai data aduan yang lengkap.

Tidak - Sekiranya aduan yang diterima adalah di luar bidang kuasa APM, menyentuh dasar-dasar kerajaan atau perkara-perkara di bawah bidang kuasa:

i.    Dasar-dasar kerajaan;
ii.    Masalah Peribadi
iii.    Politik
iv.    Perkauman

6. Apa yang perlu saya masukkan dalam aduan kepada APM?

Jawapan :

Aduan anda perlu mengandungi maklumat  pengadu yang mencukupi (nama, nombor telefon, email) termasuk dokumen-dokumen sokongan (sekiranya ada) serta perihal aduan untuk membolehkan APM menilai kedudukan dan cara terbaik untuk membantu menyelesaikannya.
Kami akan merahsiakan maklumat peribadi anda sekiranya diminta berbuat demikian.

7. Apa akan berlaku kepada aduan saya?

Jawapan :

APM akan menghantar surat akuan terima dalam tempoh tujuh hari bekerja sebagaimana yang dinyatakan dalam piagam pelanggan. Kami akan memberi pertimbangan yang teliti ke atas aduan anda dengan menggunakan Standard Operating Procedures (SOP) Pengurusan Aduan Awam APM. Setiap aduan yang dikemukakan akan diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja kecuali bagi kes-kes rumit yang memerlukan siasatan yang lebih terperinci oleh Unit Integriti APM.

 

Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta © 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader